Monday, December 12, 2011

Camana nak ubah?

Perubahan? tajuk yg sgt2 subjektif..ubah apa? rupa paras?perangai?hmmm...tetiba tadi ada serius conversation dengan kawan2 opis..bagi aku nak buat satu2 perubahan itu mmg satu langkah yg besar dalam hidup especially nak ubah sesuatu yg dah lama atau sebati ngan diri kita..bukan senang woo. Bila dah ubah nak kena istiqamah plak, takmau la org kata 'hangat2 tahi ayam' ja.
Fuh cara macam baru lepas kena tarbiyah ja ngan akak2 ni tapi serius nob hidup kita mesti ada target, mesti ada matlamat. Apa yg kita nak..apa yg kita nak jadi. Kalau setakat apa yg kita nak itu belum cukup lagi. Kita mesti tau apa yg kita nak jadi.of course sebagai muslim kita mesti nak jadi Hamba Allah yg lebih baik, yg soleh. Sebagai isteri, nak jadi yg solehah yg taat pada suami etc. Cam aku, aku pun ada target jugak. Selain daripada kehendak material ( yg mana manusia tak penah puas ), aku pun nak ubah diri aku jadi insan yg lebih baik..sapa takmau jadi org baik weiii..
Tapi camna nak ubah? huh cabaran paling besaq ada diri sdr..kuatkah semangat aku nak berubah..kuatkah semangat aku nak melawan dugaan2 sekeliling aku..kalau diikutkan mmg payah lah...tapi sampai bila? kita bukan makin muda. Nak mati bukan kira tua ka muda. Lani org muda pun ramai yg mati apa..masa muda lah kita kena beribadat byk2. Aku harap aku cukup kuat utk berubah.
Sahabat2 yg baik jugak akan membantu kita utk berubah. Aku pinjam quote dari Majalah Solusi ' Sahabat yg baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperolehi minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya'.

Salam

No comments:

Post a Comment