Thursday, December 30, 2010

Masam Manis 2010

Tinggal beberapa jam jer lagik 2010 akan melabuhkan tirainya dan kita akan melangkah ke tahun baru 2011 ( yuhuuu ). Bagi aku 2010 merupakan tahun yg terlalu banyak cabaran dan dugaan.Yela, banyak cabaran maknanya Tuhan sayangkan kita idak?idak? ( ayat penyedap hati ). Tapi sesungguhnya peristiwa2 itu memang benar2 mencabar kesabaran aku sebagai seorang insan, ibu, isteri, anak dan .... ( lain2 lagi lah )..Antara sorotan peristiwa masam manis 2010.

1. Dapat baby baru...yeah yeah..ini antara peristiwa yg sgt menggembirakan aku...Ayra adalah penguat semangat aku utk 2010..yg lain2 pun la tapi its the best thing that ever happened for 2010..Thank you Allah for this gift. Alhamdulillah.

2.Hubby, aku and Adriana masuk wad..kami ni cam amik turn plak masuk wad tahun ni..macam2 penyakit daaa...hubby ngan demam, cirit-birit, operate..aku ngan demam, sesak nafas bla bla bla..adriana ngan demam, kahak, kaki kena simen bla bla bla..mujuq la ada insurans kalu tak jenuh gak la nak membyar bil spital.

3. Kembalinya bapa saudara Hubby ke rahmatullah. Ini antara peristiwa yg menyedihkan berlaku sbb ianya berlaku secara mengejut. Al-Fatihah buat Allahyarham Ayah Man, moga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman. Amin

4. Tok aku masuk ICU sbb darah tinggi. Mujur lah tadak apa2.

5. Tok aku kena rompak. Habis semua barang kemas dia kena kebas. tapi yg paling sedih sampai lembik perompak tu kerjakan tok aku...sian dia..harap2 perompak tu dapat pembalasan yg setimpal sbb buat org tua2 camtuh.

Actually banyak lagi peristiwa2 yg berlaku tapi yg ni lah yg paling memberikan kesan dalam hidup aku. Hmm harapan aku moga tahun 2011 membawa lebih rezeki, kebahagiaan dan segala2 yg indah dalam hidup aku...Aminnn...Happy new year everyone..May Allah bless us all for 2011.

Tuesday, December 28, 2010

Trip to KL

Salam...
Dah lama sgt nak post pasai trip ke KL tapi asyik dok pending2 ja....Since that my hubby bawak balik pc dia kat kampung so dapatlah aku berblogging kejap.
Actually, kami sefamily ke KL utk ke KL International Motorshow 2010 (KLIM) dan MAHA. Dah lama sangat tak ke KL, rasanya last trip to KL was on 2008. Masa tu Adriana kecik lagik...huhu. We have spent 3 days in KL, actual plan 2 days jer tapi since my in laws pun datang dari Kelantan so we have extended to 3 days. Some story and pics to share during our trip to KL.

Day 1.
Kami bergerak dari Penang seawal pukul 6.30 pagi sbb nak avoid jam and crowd...haha plan awal nak gerak before subuh. Adriana dan Ayra dah bangun seawal jam 4.30 pagi, of course Adriana lah paling excited since Ayra tak paham apa2 lagik. Kami sampai ke KL dalam pukul 10++ pagi...Tempat pertama yg dituju adalah rumah kak ipar ku di Sungai Penchala..Kami dijamu dengan nasi lemak dan teh tarik Kak Ma yg best tuh...Trimas Kak Ma sbb sudi menumpangkan kami sepanjang 3 hari di sana :)..Selepas perut pun ah kenyang kami pun bergerak ke PWTC utk menyaksikan KLIM. Penat sungguh berjalan pusing2 dengan mendukung Ayra selama 4 jam...huhuhu..sempat jugak berjumpa dengan CEO Proton dan Adi vokalis Sixth Sense. Kami bergerak keluar dari PWTC pada pukul 8.30 mlm dan ke destanasi ke dua iaitu IKEA ( tempat wajib hubby aku ). Kami dinner pukul 12 malam selepas dah puas berjalan di IKEA...huhuhu letihnya...

Day 2.
My in laws baru sampai dari Kelantan so we have planned to go to MAHA and ICT in Shah Alam. Pagi2 lagi kami dah bergerak ke rumah ibu saudara hubby in Damansara Damai. Rupa2nya bukan kami saja disini. Ramai lagi sedara mara belah hubby yg turut turun ke KL...macam family gathering la pulak. Selepas makan2 dan berborak2 kami pun bergerak ke Serdang utk tgk MAHA. Wah ramai sungguh org di MAHA memandangkan itu adalah hari terakhir MAHA. Byk sgt pameran di MAHA dan terpaksa bergerak naik shuttle bus utk ke satu tempat ke satu tempat..tapi aku mmg jalan dekat2 jer..tak larat nak jalan dengan anak2...selepas ke MAHA kami ke ICT utk tgk lampu ( camni pun leh jadi keje kan )...hehehe betul tempat tu sangat lah cantik...cam dok kat obesi la pulak....kena bayar rm10 utk entrance dah parking...Kami pulang ke rumah Kak Ma around 11 malam gak la...

Day 3.
Plan arini nak ke jalan TAR dan IKEA ( again?!!! )..So kami bergerak awal sbb nak balik Penang dah...tapi drag sampai petang jugak...Sampai ke jalan TAR around 12 pm..ramai dah org masa tuh...gerak ke Sogo selepas window shopping dekat Jalan TAR. byk sungguh sales tapi jamu mata jer lah sbb tak gaji lagik...huhuhu...Kami bergerak pulang ke Penang pada pukul 3 petang.


Adriana wif Model kereta Toyota..


Wajah2 gumbira hubby and Adriana dapat tgk kereta



Vroom vrooom....jom jalan2 ngan Adriana..........


Model kereta Cherry...papa pun join skali daaa....


Bumblebee...pulun Adriana nak pi peluk robot ni...


The family....masa kat Jalan TAR.


Makan time selepas penat berjalan di MAHA


Me and Adi Sixth Sense


Keta Bat Man...








Friday, December 24, 2010

Balik kampung yea yea


Kami dah ready nk blik kg.tomei x bj kami?